Surau Al-Hidayah Tab Cinaq, Miri

Surau Al-Hidayah Tab Cinaq (Sebelum ini dikenali dengan nama Surau Pujut 5) merupakan sebuah surau dibawah seliaan Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri (LAKMM).

Surau ini terletak di tepi sungai kawasan Pujut 5 yang dahulunya merupakan tempat persinggahan kapal dagang masyarakat cina atau dalam dialek tempatan dikenali sebagai Tab Cinaq @ Tab Sina.

Surau ini mempunyai rekabentuk yang unik iaitu dibina dengan reka bentuk seni bina masyarakat Cina sebagai memperingati semula sejarah kawasan tersebut.

Surau ini dicadangkan untuk menjadi Pusat Informasi Islam, justeru surau ini dilengkapi dengan sebuah pusat sumber yang akan menempatkan maklumat berkaitan Islam dan maklumat am. Justeru surau ini bukan sahaja terbuka kepada masyarakat Islam, tetapi juga kepada masyarakat bukan Islam.

.

Borang Infaq

RM
+60
RM
powered by